Siri Redmi A terkenal sebagai peranti yang dipasarkan dengan harga mampu milik. Ia juga sering menjadi pilihan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa yang mencari peranti untuk kegunaan harian semata.

Berkongsi lanjut generasi untuknya iaitu Redmi A3 didapati tertiris melalui beberapa imej tular. Perubahan ketara dilihat pada rekaan panel belakang yang memuatkan bonggol kamera bulat, malah dapat dilihat mirip kepada konsep digunakan Xiaomi pada peranti Ultra. Kemudian panel belakang rata dengan sisi membulat turut melengkapinya.

Peranti dijangka boleh ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna termasuklah hitam seperti yang diperlihatkan dalam imej tular. Selain juga didatangkan dengan kotak bungkusan bewarna merah dan putih. Masih belum jelas mengenai spesifikasi peranti namun dengan ketirisan ini pengenalannya dijangka boleh diadakan dalam masa terdekat.