Cari @ Amanz

Dalam era peranti berhubung dan internet of things, ia tidak mengejutkan untuk melihat pelbagai kelengkapan dan aksesori harian yang boleh berhubung ke rangkaian internet untuk pelbagai jenis tujuan.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa di Switzerland, sebanyak 3 juta berus gigi pintar telah digodam dan dijadikan sarang botnet. Sarang botnet ini kemudiannya digunakan untuk melancarkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) keatas sebuah laman web di negara tersebut.

Butiran tentang bagai mana kumpulan penggodam menyuntik perisian hasad kedalam berus-berus gigi ini tidak dilaporkan, tetapi jangkaannya ialah sambungan kepada peranti-peranti ini adalah terbuka dan tidak selamat, memudahkan kerja mereka untuk menjangkiti peranti-peranti ini.

Setelah dijadikan sarang botnet, berus-berus gigi pintar ini dilihat menghantar paket data kepada sebuah laman web perniagaan dan menyebabkan laman web tersebut tidak boleh diakses. Ia dianggarkan bahawa jumlah kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut adalah dalam berjuta-juta Euro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd