Pagi tadi tular di media sosial dengan tangkapan layar menunjukkan nilai $1 Amerika Syarikat bersamaan dengan RM6.24 yang mencanak naik berbanding sekitar RM4.60 pada hari sebelumnya. Muncul beberapa ciapan mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan penstabilan bagi mengembalikan nilai Ringgit ke sekitar RM4.70 sekarang. Sebentar tadi BNM mengeluarkan kenyataan menafikan tindakan ini diambil.
Sebaliknya paparan nilai Dolar ke Ringgit di laman Google Search pada tadi adalah tidak tepat kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak Google. Nilai Ringgit tidak pernah menjunam ke RM6.45 seperti didakwa. BNM mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum berkongsi maklumat yang tidak tepat ke media sosial.