Cari @ Amanz

TikTok kini memaklumkan para penjual di platform TikTok Shop, menyatakan caj yuran komisyen untuk penggunaan platform akan ditingkatkan bermula 1 Mac 2024 kelak. Caj baharu ini juga akan turut mengambil kira dan menyertakan caj SST 8% yang akan dikuat-kuasakan di Malaysia bermula 1 Mac 2024.

Melalui jadual yang dikongsikan, caj yuran komisyen platform adalah sehingga 4.32%, bergantung kepada kategori produk. Semua bayaran akan ditolak secara automatik pada tempahan akhir, sebelum penjual menerima bayaran mereka.

Selain yuran komisyen, TikTok Shop juga mempunyai caj transaksi sebanyak 2.16% untuk setiap pembayaran yang berjaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd