Cari @ Amanz

Bluesky, salah satu laman sosial dengan penggunaan seumpama Twitter, dan menggunakan protokol terbuka AT, kini mengumumkan platform tersebut sedia didaftar oleh semua pengguna seluruh dunia.

Sebelum ini, pengguna memerlukan jemputan untuk menyertai dan mendaftar platform Bluesky. Dengan pembukaan ini, ia dijangka akan menarik lebih ramai mendaftar dan menggunakannya secara aktif.

Bluesky menawarkan penggunaan dan antaramuka lebih kurang seperti Twitter – dan turut menawarkan aplikasi untuk iOS dan Android. Pembangun juga turut sedia membangunkan platform seperti TweetDeck untuk Bluesky, dinamakan Deck.Blue.

Bluesky juga turut menekankan kepada ciri terpencar, membolehkan pengguna membawa kandungan dan profil ke platform lain sekiranya tidak menyukai platform berkenaan. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan protokol AT.

Dengan pembukaan kepada umum ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah penerimaan dan penggunaan Bluesky dalam minggu-minggu akan datang ini. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar akaun di laman Bluesky hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd