Cari @ Amanz

Sebuah lagi platform penstriman akan dilancarkan kali ini dengan sokongan ESPN, Fox dan Warner Bros. Discovery. Platform baharu ini akan mempunyai aplikasi baharu dengan ia menawarkan kandungan Formula 1, La Liga, NFL, NBA, WNBA, MLB, NHL, NASCAR, NCAA, UFC, Golf PGA TOUR, Tennis Grand Slam, Piala Dunia FIFA, basikal dan banyak lagi.

Bagi pelanggan Disney+, Hulu, dan MAX, mereka boleh membeli kandungan penstriman sukan yang ditawarkan oleh platform baharu ini menerusi berkas baharu yang akan ditawarkan. Nama perkhidmatan masih belum diumumkan tetapi akan dilancarkan pada musim luruh 2024 iaitu sekitar September.

Menerusi satu langganan, pelanggan juga boleh mengakses saluran TV linear ESPN, ESPN2, ESPNU, SECN, ACCN, ESPNEWS, ABC, FOX, FS1, FS2, BTN, TNT, TBS, truTV, dan ESPN+. Ia jelas adalah usaha ESPN, Fox dan WBD untuk mewujudkan platform penstriman sukan terbesar di pasaran Amerika Syarikat. Tiada maklumat sama ada perkhidmatan ini akan turut ditawarkan ke peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd