Cari @ Amanz

Tahun 2024, bermakna tahun baharu untuk model terkini iPhone. Siri iPhone 16 mungkin akan dilancarkan pada bulan September akan datang dan baru-baru ini rekaan peranti telah pun tertiris. Apple nampaknya gemar mengimbau kenangan silam, kerana bonggol kamera iPhone 16 ini mirip iPhone X.

Apple dikatakan ingin menggunakan rekaan kamera menegak pada iPhone 16 untuk sokongan rakaman video Spatial. Dua lensa kamera dilihat terletak dalam bonggol bujur menegak yang kecil kelihatan menarik selepas sekian lama Apple menggunakan bonggol segi empat. iPhone 16 turut dikatakan akan menjadi peranti memfokuskan fotografi dengan butang khas kamera akan disediakan, di samping turut akan mempunyai butang Action Button.

Butang kamera ini dikatakan adalah berasaskan tekanan, dan akan berada di sisi kiri di bawah butang kuasa. Sementara di sisi kanan adalah tempat Action Button dan butang laras suara. Perlu diingatkan yang ini masih imej pengolokan berdasarkan prototaip awal, rekaan akhir mungkin akan berubah. Apa pendapat anda dengan rekaan sebegini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd