Telekom Malaysia kini hadir dengan sebuah laman sehenti, yang membolehkan anda menjana pesona khas bersempena dengan Tahun Baru Cina.
Melalui laman sehenti berkenaan, pengguna hanya perlu memasukkan nama, dan ia seterusnya akan menjana nama berkenaan dalam sebutan bahasa Cina, dan juga pesona bersempena dengan “Tahun Naga”.
Untuk makluman, sebelum ini TM turut pernah hadir dengan laman sehenti bersempena dengan Hari Raya, dan ia seperti menjadi kebiasaan untuk TM hadir dengan laman sehenti dengan konsep menarik bersempena musim perayaan.
Bagi anda yang berminat, boleh cuba menjana pesona anda di laman sehenti TM hari ini.