Carian
Roblox Kini Menyokong Kebolehan Terjemahan Masa-Nyata Dengan Kecerdasan Buatan
February 7, 2024 Amy Maizuraa

Permainan popular Roblox kini boleh diakses melalui pelbagai jenis peranti dengan jumlah lebih daripada 70 juta pengguna aktif setiap hari. Hal ini boleh mendorong kepada timbulnya kesukaran untuk sesetengah pemain berinteraksi dengan lancar khususnya bila melibatkan bahasa asing.

Tetapi nampaknya ia boleh diselesaikan dengan ciri terjemahan sembang AI masa nyata baharu yang dibangunkan oleh Roblox baru-baru ini. Ia membolehkan pemain berbual dengan lancar sambil menaip dalam bahasa ibunda masing-masing dan sehingga 16 bahasa berbeza disokong yang termasuk English, Chinese, Korea, Jepun dan Sepanyol.

Melihat demo diperlihatkan, tetingkap sembang secara automatiknya akan menterjemahkan sebarang teks ke dalam bahasa ibunda masing-masing. Sekaligus memudahkan para pemain melihat dan memahami perbualan itu dalam bahasa masing-masing. Selain itu mereka juga boleh melihat teks asal dengan hanya klik butang disebelah teks yang diterjemahkan.

Terjemahan itu dibuat dalam masa nyata dengan kependaman kira-kira 100 milisaat. Turut difahamkan bahawa Roblox telah membina LLM dalaman sendiri bagi menjayakannya. Selain juga terus komited untuk meningkatkan ketepatannya secara berterusan, dan membolehkan terjemahan dibuat dalam pelbagai dimensi lain termasuk model 3D.

Ciri ini sudah sedia untuk digunakan hari ini.

Komen