Dengan berita bahawa Microsoft mungkin akan memperkenalkan sistem operasi Windows terbaru mereka pada tahun ini, Qualcomm nampaknya menjangkakan bahawa mereka akan melancarkan cip pemprosesan Windows For Arm terbaru mereka pada tahun ini juga.
Ia dilaporkan bahawa Cristiano Amon, CEO Qualcomm menjangkakan bahawa Qualcomm akan memperkenalkan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite untuk sistem operasi Windows 12 For Arm sekitar musim panas pada tahun ini.
Tidak banyak butiran yang diperlihatkan mengenai cip Qualcomm yang terbaru ini, malah apa yang lebih diketahui ialah berkenaan sistem operasi terbaru Microsoft ini. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat dan akan dikenali dengan nama kod Hudson Valley sebelum nama rasmi sistem operasi terbaru mereka diperkenalkan secara rasmi.
Pengumuman awal mengenai cip pemprosesan Windows for Arm terbaru daripada Qualcomm ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Qualcomm akan hilang taraf eksklusif bersama Microsoft pada tahun ini, dimana Qualcomm tidak lagi akan menjadi pembuat cip pemprosesan yang akan menguasakan peranti-peranti pintar Windows for Arm secara eksklusif.