Cari @ Amanz

Redmi A3 akhirnya diperlihatkan melalui laman web rasmi. Rekabentuk peranti dilihat serupa dengan imej tertiris sebelum ini, selain juga mendedahkan tarikh pelancaran yang dijadualkan berlangsung di India pada 14 Februari 2024.

Turut melengkapi peranti ialah skrin dengan kadar segar semula 90Hz, pilihan memori sehinga 6GB RAM dan bateri 5,000mAh yang boleh dicas melalui port USB-C. Sokongan RAM maya sehingga 6GB RAM turut diberikan yang memberi petanda tiada ruang untuk slot kad mikroSD.

Peranti dijangka boleh disediakan dalam pelbagai pilihan warna yang termasuk hijau dengan kemasan kulit tiruan. Selanjutnya spesifikasi penuh hanya diketahui selepas diumumkan secara rasmi kelak.

Sekadar selingan, Redmi A2+ diumumkan di Malaysia sebelum ini dengan harga RM399. Ia menawarkan spesifikasi kelas asas melalui cip Helio G36, selain juga dilengkapi skrin LCD HD+, kamera utama 8MP, swafoto 5MP dan bateri 5000mAh dengan port mikroUSB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd