Pelakon Gina Carano memfailkan kes saman ke atas Disney berikutan pemecatan beliau daripada siri The Mandalorian pada tahun 2021. Beliau yang memegang watak Cara Dune dipecat disebabkan status yang dimuat naik beliau menimbulkan kontroversi di pelbagai laman media sosial. Yang menjadikan kes beliau ini unik ialah kos guaman untuk menentang Disney dibiayai oleh Elon Musk.

Tahun lalu Musk berkata beliau akan membiayai kos guaman sebarang pengguna X yang kehilangan kerja kerana status yang dimuat naik di laman. Menurut Musk ini adalah usaha beliau bagi memastikan hak bersuara dengan bebas yang termaktub dalam perlembagaan Amerika Syarikat dihormati.
Carano dipecat selepas memuat naik status didakwa berunsur anti semetik. Sebelum itu beliau turut menimbulkan kontroversi selepas memperlekeh bahaya pandemik. Akibatnya beliau diberikan amaran supaya lebih berhati-hati di media sosial. Selain dipecat daripada The Mandalorian, Carano turut dipecat daripada siri Rangers of the New Republic yang menjadikan Cara Dune sebagai watak utama.