Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sekurang-kurangnya dua iPhone dengan rekaan skrin boleh-lipat – sekaligus membolehkan Apple bersaing dengan sejumlah pengeluar telefon pintar Android yang lain.

Apa pun, mengikut TheInformation, pembangunan masih pada peringkat yang sangat awal, dan sekiranya ia melangkah ke tahap pengeluaran, ia mungkin tidak seawal 2024 atau 2025.

Ia dikatakan Apple telah dalam pembangunan untuk telefon boleh-lipat ini sejak 2018 yang lepas. Namun, mereka menghadapi beberapa cabaran, termasuk beberapa cabaran teknikal. Tetapi, apa yang menjadi cabaran lebih besar adalah hadir dengan ciri yang akan membuatkan pengguna menginginkan ia apabila dilancarkan kelak. Disamping itu, faktor harga juga memainkan salah satu peranan dalam pengeluaran peranti berkenaan.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan peranti dalam kategori baru daripada Apple ini dalam beberapa tahun lagi – sekiranya ia melangkah ke fasa pengeluaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd