Carian
Google Pixel Fold 2 Tertiris
February 8, 2024 Fahim Zahar

Google nampaknya akan teruskan usaha mereka dengan telefon lipat. Selepas Pixel Fold diperkenalkan, tahun ini mereka dijangka akan melancarkan Pixel Fold 2 pula. Android Authority baru-baru ini berkongsi imej peranti yang tertiris serta beberapa spesifikasi peranti.

Pixel Fold 2 dikatakan akan menggunakan cip Tensor G4. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan akan menjadi peranti Pixel pertama dengan memori 16GB RAM. Sumber turut menyatakan Pixel Fold 2 berpotensi dilancarkan bersama-sama dengan Pixel 9 sekitar Oktober atau suku keempat 2024. Tetapi peranti mungkin akan diumumkan seawal Mei 2024 ketika acara Google I/O.

Google turut dilihat telah beralih kepada rekaan bar kamera kepada bonggol seperti pesaing. Skrin luar pula dilihat lebih tirus dengan skrin dalam dikatakan lebih ke arah segi empat untuk sokongan aplikasi yang lebih baik. Peranti dikatakan akan hadir dengan memori 16GB RAM dengan storan bermula 256GB. Memori yang semakin tinggi besar kemungkinan adalah untuk ciri AI generatif yang diproses dari dalam peranti. Sama-sama kita nantikan.

Komen