Cari @ Amanz

Energizer bukan sahaja sinonim dengan penawaran bateri berkualiti tinggi. Malahan juga mempunyai barisan telefon pintar yang dibekalkan dengan bateri bersaiz besar. Terkini mereka dalam persediaan hadir dengan generasi baharu untuknya yang dijadualkan tiba pada 26 Februari 2024 melalui pentas utama MWC 2024.

Dikenali sebagai Energizer P28K, ia akan dimuatkan dengan bateri 28,000mAh yang menjadi kapasiti terbesar pernah digunakan pada telefon pintar setakat ini. Selain itu, ia juga akan menjadi telefon tahan lasak dengan skrin 6.78-inci, kamera swafoto 16MP dan dwi-kamera utama di belakang. Butiran lebih lanjut sudah tentunya dikongsi selepas pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd