Carian
Huawei Band 9 Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
February 8, 2024 Amy Maizuraa

Huawei juga dikenali sebagai pengeluar gelang tangan pintar, dan setiap satunya mempunyai target tersendiri. Kini generasi baharu untuknya telah ditemui melalui pensijilan SIRIM Malaysia menandakan pelancaran semakin hampir.

Peranti didaftarkan dengan kod nama KIM-B19 (HUAWEI Band 9) oleh Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd sejak 6 Februari yang lalu. Tiada butiran lanjut mengenainya yang diketahui memandangkan peranti masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini.

Gambar sekadar hiasan – Huawei Band 8

Namun dijangka mempunyai peningkatan lebih baik yang boleh termasuk paparan dan bateri besar. Selain juga terdapat perubahan kecil pada rekabentuk fizikalnya. Ini hanya sekadar jangkaan awal dan dirasakan lebih baik menunggu kemaskini selanjutnya daripada Huawei sendiri.

Gambar sekadar hiasan – Huawei Band 8

Untuk rekod, Huawei sebelum ini menawarkan Band 8 dengan bateri boleh bertahan dua minggu. Ia juga dilengkapi sensor kesihatan dan kecergasan terbina, selain kalis air 5ATM sebagai pelindungan tambahan. Harga jualan pula RM219 seutas dengan pilihan warna Sakura Pink, Emerald Green dan Midnight Black.

Komen