Cari @ Amanz

Dengan penjenamaan semula Bard menjadi Gemini hari ini, Google turut mengumumkan akses kepada Gemini Advanced yang diperkasakan oleh model Gemini Ultra 1.0. Gemini Ultra 1.0 diumumkan pada Disember lalu sebagai model AI yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Google setakat ini. Seperti dijanjikan, Gemini Ultra 1.0 boleh diakses oleh pelanggan yang memerlukan kemampuan yang lebih tinggi berbanding model Gemini Pro sahaja sebelum ini.

Gemini Advanced cukup berkuasa untuk menulis kod yang diperlukan untuk menghasilkan aplikasi. Seterusnya ia boleh berfungsi sebagai tutor peribadi yang mengajar subjek tertentu kepada pengguna. Kemampuannya yang lain ialah ia boleh mencadangkan topik yang boleh diteroka oleh penghasil kandungan ataupun penulis. Bermula hari ini Gemini Advanced boleh digunakan di 150 negara dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Serentak dengan pengumuman ini, pelan baharu rand new Google One AI Premium Plan ditawarkan pada harga RM 97.99 sebulan bersama storan awanan 2TB dengan ia boleh digunakan percuma untuk dua bulan pertama. Pelanggan akan dapat mengakses AI paling berkuasa Google dan storan awanan sebesar 2TB. Kelak pelanggan juga akan dapat menggunakan Gemini dalam perkhidmatan Google yang lain seperti Gmail, Docs, Sheets dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd