Anda biasa atau tidak dengar nama CCleaner? Perisian untuk menguruskan memori dan storan komputer anda yang biasanya percuma diberikan selepas membeli komputer baharu. Fungsi CCleaner adalah sama dengan aplikasi Huawei PC Manager yang terbina pada laptop Huawei, Device Care pada telefon Samsung atau aplikasi sekuriti pada telefon oleh pengeluar China. Terbaru, Microsoft PC Cleaner diperkenalkan untuk pengguna Windows 10 dan Windows 11.
Microsoft PC Cleaner dilihat adalah aplikasi alternatif kepada CCleaner. Dalam cubaan saya memasang aplikasi ini, ia boleh menguruskan storan dalaman laptop saya, mengendalikan memori untuk aplikasi berjalan dengan lebih lancar, menguruskan aplikasi terpasang, membuang fail besar, serta mempunyai alatan untuk akses pantas kepada tangkapan layar, Notepad, kalkulator, Bing Translator atau mana-mana pautan web.
Ia percuma untuk dimuat turun. Microsoft PC Cleaner adalah produk keluaran Microsoft China dan dikatakan terhad untuk pengguna Amerika Syarikat. Tetapan laptop saya sudah pun Malaysia, tetapi masih berjaya memuat turunnya. Jika anda berminat, anda boleh cuba melalui pautan di bawah;