Carian
Anda Kelak Boleh Guna AI Untuk DM Di Instagram
February 9, 2024 Fahim Zahar

Nampaknya semua platform pemesejan ingin menawarkan ciri AI generatif. Kita sudah lihat Galaxy AI dengan Chat Assist, Google Message yang boleh balas mesej dengan AI dan banyak lagi aplikasi lain. Terbaru, Instagram dilihat turut menguji ciri menghantar mesej di Direct Message mereka menggunakan AI.

Ciri ini dilihat mirip dengan Chat Assist pada siri Samsung Galaxy S24. Pengguna perlu tulis terlebih dahulu kemudian boleh menggunakan AI untuk menulis semula dalam intonasi berbeza. Memandangkan Chat Assist terbina pada papan kekunci, kaedah dalam DM di Instagram adalah pilih semula teks untuk “Write with AI“.

Tangkapan layar yang sumber kongsikan ini dilihat adalah aplikasi Instagram untuk Android. Tiada informasi bila ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna. Tetapi semua tahu yang Meta akan mengintegrasikan ciri AI generatif pada semua platform media sosial mereka secara berperingkat. Sama-sama kita nantikan.

Komen