Cari @ Amanz

Selepas Humane AI dan Rabbit R1 adalah antara peranti fizikal AI generatif yang mendapat perhatian ramai. Memuatkan sistem AI generatif dalam peranti fizikal adalah trend baharu. Akan datang adalah “Orb” oleh Midjourney. Persoalannya adakah peranti fizikal AI ini praktikal seperti Galaxy AI pada siri Samsung Galaxy S24? Terbaru, Brilliant Labs telah hadir dengan Frame iaitu itu kaca mata AI.

Frame AI Glasses dijual pada harga $349 iaitu sekitar RM1668 sepasang. Ia menggunakan sistem AI yang dilatih oleh model bahasa raya OpenAI. Ia berfungsi seakan Ray-Ban Meta, di mana kamera boleh melihat dan memahami konteks untuk prom pengguna, kemudian ada mikrofon untuk pengguna berikan arahan suara (OpenAI Whisper) atau melakukan penterjemahan serta turut mempunyai speaker.

Keunikan kaca mata ini berbanding Ray-Ban Meta adalah salah satu lensa mempunyai skrin mikro OLED. Brilliant Labs berjaya mengintegrasikan prisma paparan ini terus ke dalam lensa kaca mata. Kandungan paparan hanya boleh dilihat sekitar 20 darjah ke atas, tetapi mereka yakin ia cukup dan membenarkan pengguna melihat seakan pada keseluruhan lensa.

Untuk pengecasan, Frame menggunakan Mister Power, iaitu pengecas kelihatan seakan hidung yang kemudiannya boleh disambungkan dengan kabel USB-C. Sistem AI pada Frame turut dijadikan sumber terbuka di GitHub. Frame turut boleh dikawal dengan aplikasi Noa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd