Carian
GoPro Menawarkan Aplikasi Quik Di Desktop
February 9, 2024 Amy Maizuraa

GoPro memperkenalkan aplikasi Quik versi desktop yang tersedia melalui MacOS terlebih dahulu, sebelum diberikan pula ke Windows sekitar penghujung tahun ini. Ia tersedia sekarang melalui Mac App Store, dan tiada caj tambahan untuk pengguna GoPro. Selain juga semua kandungan diselarikan melalui aplikasi dan storan awanan yang lebih memudahkan pengguna menghasilkan kandungan.

Dalam pada itu, pelan langganan baharu Premium+ turut diperkenalkan pada $99.99 (~RM476) dengan lebih banyak faedah tambahan berbanding pelan sedia ada . Antaranya seperti storan awan 500GB untuk mana-mana kamera dan penstabilan Hypersmooth Pro terbina. Ini menjadikan sebanyak dua langganan disediakan oleh GoPro yang termasuk pelan asal yang kini dikenali sebagai Premium berharga $49.99 (~RM238).

Komen