Cari @ Amanz

Melalui kemaskini pada halaman sokongan yang diterbitkan Samsung, kini mereka memaklumkan yang mana pembantu maya Google Assistant tidak lagi akan tersedia pada televisyen Samsung, bermula 1 Mac 2024. Samsung menyatakan perubahan ini adalah kerana perubahan polisi pihak Google.

Sebelum ini, terdapat sejumlah TV keluaran Samsung yang hadir dengan pembantu maya Google Assistant, termasuk televisyen pintar tahun 2020, 2021 dan juga 2022.

Dengan perubahan ini, pengguna boleh memilih beberapa alternatif lain untuk digunakan, termasuk seperti Bixby atau Amazon Alexa. Ia tidak diketahui sama ada perubahan polisi Google ini berkait dengan pengenalan Gemini pada minggu ini atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd