Cari @ Amanz

Apple App Store sering dikatakan sebagai gudang aplikasi mudah-alih yang paling selamat di pasaran sekarang, tetapi nampaknya ada satu aplikasi popular yang ditiru rekaannya dan hadir di gudang tersebut untuk mencuri butiran para pengguna yang tidak sedar akan perbezaannya.

LastPass hari ini telah mengeluarkan amaran bahawa terdapat sebuah aplikasi yang dinamakan LassPass yang hadir dengan rekaan ikon aplikasi yang hampir serupa, malah apabila aplikasi tersebut dibuka, laman log masuknya juga menyerupai log masuk aplikasi asal.

Aplikasi LassPass yang palsu ini dilaporkan mengutip butiran log masuk pengguna LastPass dan di gudang App Store memperlihatkan hanya satu penilaian lima bintang dengan nama pembangun diletakkan sebagai Parvati Patel.

LasspassLastPass

Pembangun LastPass mengatakan bahawa mereka sedang berbincang dengan pihak Apple untuk memastikan bahawa aplikasi ini dibuang daripada App Store kerana khuatir bahawa orang ramai akan tertipu dan memasukkan emel dan kata laluan LastPass mereka dan memberikannya secara tidak sedar kepada kumpulan-kumpulan penggodam ini.

Secara lazimnya Apple sangat menekankan keselamatan App Store mereka dengan memastikan bahawa aplikasi yang mahu dimasukkan kedalam diuji dulu untuk keselamatan dan pelbagai isu lain seperti pemalsuan data dan sebagainya. Ini merupakan salah satu insiden yang jarang berlaku dimana aplikasi sebegini melepasi pengawasan ketat Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd