Cari @ Amanz

Kita boleh melihat semakin banyak ciri dan fungsi diberikan pada aplikasi Threads dalam menjadikannya lebih mesra pengguna. Misalnya terkini ciri Bookmark pula sedang diuji pada aplikasi tersebut. Ia diumumkan oleh ketua Instagram, Adam Mosseri melalui hantaran terkini di akaun rasmi, dan ujian dibuat dalam kelompok yang kecil.

Dikatakan boleh berfungsi seumpama di Instagram, aplikasi ini kelak akan mempunyai butang ‘Saved’ yang membolehkan pengguna menyimpan siaran dimahukan. Kemudian mencari semula siaran itu melalui bahagian khusus di dalam tetapan aplikasi. Ia amatlah berguna untuk mereka yang mahu menyimpan sebarang pautan artikel atau siaran untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Sekali lagi dikatakan bahawa ciri ini masih di fasa ujian kecil yang turut tidak diketahui mengenai penawaran rasmi untuk semua. Jangan lupa juga ikuti kemaskini menarik Amanz di Threads.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd