Carian
WWE Akan Menyiarkan Kandungan Mingguan Eksklusif Di X
February 9, 2024 Effi Saharudin

WWE akan menjadikan Netflix sebagai rumah mereka bermula tahun depan dengan kontrak mencecah $10 bilion. Kandungan klasik mereka kemudiannya akan dapat distrim di peringkat global sementara WWE Network akan ditutup. Tetapi pada waktu yang sama WWE mengumumkan rancangan eksklusif minggu akan mula ditayangkan di X.

Rancangan WWE Speed akan memaparkan perlawanan gusti secara langsung selama 5 minit yang tidak akan ditayangkan semula pada platform lain. Menerusi kontrak ini 52 episod WWE Speed akan ditayangkan di Speed setiap tahun bermula April depan.

Komen