Grab dan GoTo kini dilaporkan telah memulakan kembali proses perbincangan untuk menyatukan syarikat, sekaligus mengurangkan persaingan dan kerugian yang dihadapi kedua-dua syarikat.

Untuk makluman, Grab yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu dan tempaahn makanan, sedia berbincang dengan Gojek dari Indonesia untuk bergabung. Namun, selepas pelbagai perbincangan – Gojek telah memilih untuk bersatu dengan Tokopedia dalam menubuhkan GoTo Group.
Baru-baru ini, Tokopedia juga telah mengumumkan kerjasama dengan TikTok untuk TikTok Shop – yang mungkin membawa kepada perbincangan bersama Grab dimulakan kembali.
Mengikut laporan Bloomberg, terdapat beberapa senario gabungan yang mungkin berlaku – termasuk Grab membeli pegangan GoTo, atau senario satu lagi yang mungkin berlaku adalah pembahagian pasaran negara antara kedua-dua pihak.
Ia dikatakan perbincangan masih pada peringkat awal. Namun, pada masa yang sama pihak GoTo turut menyatakan tiada sebarang perbincangan yang seumpamanya sedang berlaku.