Cari @ Amanz

Notion merupakan salah satu perkhidmatan yang diminati ramai, dimana ia memudahkan penulisan dan perkongsian dokumen, termasuk dalam pembangunan projek dan sebagainya. Terbaru, Notion mengumumkan mereka mengambil-alih satu lagi perkhidmatan memfokuskan produktiviti, iaitu Skiff.

Skiff sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan berbentuk emel dengan fokus privasi, pembangunan dokumen, kalendar, dan juga ruangan storan.

Dengan pengambil-alihan ini, Skiff menyatakan akan menamatkan penawaran produk mereka dalam tempoh 6 bulan akan datang. Pengguna sedia ada Skiff boleh memulakan eksport ke perkhidmatan lain dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat integrasi produk-produk dan ciri-ciri dari Skiff pada Notion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd