Cari @ Amanz

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini sedia hadir dengan sejumlah kandungan berbentuk tips untuk pengguna perkhidmatan telekomunikasi. Kini, turut dikongsikan adalah mereka sedang dalam fasa membangunkan “Buku Panduan Pempengaruh” dengan kerjasama sejumlah pihak, termasuk para pempengaruh.

Buku panduan ini dijangka akan menjadi salah satu garis panduan ringkas untuk rujukan mudah oleh para pempengaruh tempatan – sekaligus memberikan penjelasan dan pemahaman terhadap peraturan dalam Kod Kandungan di Malaysia.

Kelak, pada pertengahan kedua 2024 kelak, CMCF dijangka akan membuka permohonan ulasan kepada para pempengaruh – sekaligus turut mengambil pandangan dalam penghasilan dokumen berkenaan.

Perkongsian terbaru ini hadir selari dengan Menteri Komunikasi yang baur-baru ini meminta supaya para pempengaruh mengamalkan kawal selia kendiri dan melakukan sesuatu perkongsian dengan bertanggungjawab.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd