Cari @ Amanz

Samsung menjadi syarikat pertama yang menerima kelulusan Agensi Makanan dan Dadah Amerika (FDA) untuk mengesan apnea tidur menerusi jam tangan dan telefon pintar. Apnea tidur ialah situasi di mana pernafasan boleh terhenti sementara ketika tidur. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari. Apabila mengesan simptom apnea tidur, pemakai akan diberikan notifikasi pada jam serta aplikasi Samsung Health. Dengan notifikasi ini, pemakai boleh mendapatkan rawatan perubatan bagi mengurangkan kemungkinan komplikasi kesihatan berlaku sebelum terlambat.

Dengan keluasan oleh FDA minggu ini dan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea (MFDS) pada Oktober tahun lalu, Samsung akan menawarkan ciri pengesanan apnea tidur pada peranti Galaxy Watch pada Q3 2024 bermula di Amerika Syarikat. Ia hanya boleh diaktifkan pada pemakai jam berusia 22 tahun ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd