Cari @ Amanz

Apple VIsion Pro merupakan set kepala realiti-gabungan yang telah ditawarkan oleh Apple di Amerika Syarikat buat masa ini. Ia hadir pada harga premium bermula sekitar RM18,000, yang mana agak mahal untuk dimiliki oleh ramai pengguna.

Terbaru, melalui Bloomberg, mengikut perkongsian beberapa ahli pasukan pembangunan Apple Vision Pro, mereka menyasarkan ia mungkin perlu mengambil sehingga empat lelaran (iterasi) sebelum mencapai tahap penggunaan ideal dikalangan semua pengguna.

Perkara ini boleh dikatakan sesuatu yang biasa dalam pengenalan peranti atau gajet kategori baharu. Sebelum ini, iPhone turut mengambil beberapa lelaran untuk mencapai tahap penggunaan popular dikalangan ramai pengguna.

Buat masa ini, terdapat sejumlah maklumbalas positif dan negatif berkaitan dengan Apple Vision Pro dan juga penggunaannya dikalangan ramai pengguna. Tidak mustahil, kita akan melihat sejumlah aplikasi yang akan mencorak penggunaannya dalam setahun dua lagi.

Sama-sama kita nantikan perkembangan Apple Vision Pro, dan bagaimana ia akan memberikan impak dalam penggunaan peranti harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd