Carian
Moondrop Akan Melancarkan Telefon Pintar Pertama
February 13, 2024 Effi Saharudin

Moondrop ialah jenama audio dari China yang mempunyai reputasi menawarkan prestasi yang baik tetapi pada harga jualan yang lebih marhaen berbanding jenama terkemuka lain. Kami telah mengulas beberapa produk mereka sebelum ini yang amatlah memuaskan. Seterusnya Moondrop akan melancarkan pula telefon pintar pertama mereka yang menggunakan nama MIAD 01.

Berdasarkan imej acah yang dikongsi di laman rasmi, MIAD 01 ialah peranti 5G dengan kemampuan audio HiFi. Tiada sebarang petunjuk diberikan mengenai rekaan penuh peranti dan sehingga kini ia juga belum tertiris ke arena web. Yang diketahui ialah peranti akan mempunyai tubuh berkotak dengan butang laras audio serta kuasa pada sisi kiri.

Bila peranti akan dilancarkan serta spesifikasi juga masih lagi misteri. Dengan MWC Barcelona akan berlangsung pada penghujung bulan ini, besar kemungkinan Moondrop MIAD 01 akan dilancarkan di acara ini. Bagi peminat produk Moondrop dan kemampuan audio HiFi, ini mungkin peranti yang dinantikan.

Komen