Proses carian topik terhangat di aplikasi Threads akan lebih mudah kelak melalui kemaskini akan datang. Ia berikutan Threads sedang menguji sokongan topik terhangat pada aplikasi dan ujian terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Menurut Adam Mosseri, sokongan fungsi topik terhangat ini akan memaparkan isu yang menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna sekaligus membolehkan mereka mengikut trend semasa. Topik tersebut juga ditentukan oleh sistem AI mereka berdasarkan apa yang sedang berlaku di Threads, selain bagi memastikan maklumat dikongsi adalah tepat, terkini serta konsisten.
Sokongan itu boleh diakses melalui tab carian dan ruang utama aplikasi. Namun sekali ditegaskan masih di fasa ujian kecil yang turut tidak diketahui mengenai penawaran rasmi untuk semua. Jangan lupa juga ikuti kemaskini menarik Amanz di Threads.