Cari @ Amanz

NVIDIA mengumumkan Chat with RTX yang membolehkan pemilik PC degan kad grafik mereka menjalan chatbot dengan kecerdasan buatan (AI) secara terus dari peranti. Tiada internet diperlukan dan chatbot yang dihasilkan boleh dilatih menggunakan data peribadi yang tidak dikongsi ke awanan bagi memastikan privasi.

Pengguna Chat with RTX boleh memilih model AI mana yang ingin dijalankan terus dari PC mereka. Kemudiannya mereka turut boleh memilih dokumen apakah yang boleh diakses bagi keperluan kerja. Mereka kemudian boleh bertanya kepada Chat with RTX mengenai maklumat di dalam dokumen-dokumen yang telah diakses. Terdapat ciri meminta Chat with RTX menonton video sebelum menghasilkan ringkasan kandungan.

Chat with RTX boleh digunakan pemilik PC dengan 16GB RAM dan kad grafik siri RTX 30 serta RTX 40 yang dilengkapi sekurang-kurangnya 8GB VRAM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd