Cari @ Amanz

Kami yakin ramai di kalangan pembaca yang pernah terpaksa menyertai sesi telesidang ketika tidak di pejabat. Antaramuka aplikasi sedikit sukar diakses kerana terlalu kecil. Hari ini Google Meet memperkenalkan ciri “Companion Mode” yang memudahkan pengguna menyertai sesi telesidang dalam pada telefon pintar.

Dalam Companion Mode ciri mengangkat tangan untuk bertanya soalan, memberikan reaksi emoji, mengaktifkan sari kata masa nyata, melihat kandungan yang dibentangkan peserta dan melakukan perbualan teks dengan peserta lain telah dipermudahkan. Butang yang lebih besar dan jelas akan dapat diakses dalam mod ini.

Untuk menggunakan Companion Mode, tekan butang “Use companion mode” sebelum memasuki sesebuah bilik telesidang. Companion Mode kini boleh digunakan pada aplikasi Google Meet untuk Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd