Cari @ Amanz

Kemaskini besar seterusnya sistem operasi Microsoft, iaitu Windows 11 24H2 akan tiba tidak lama lagi, dan dengan kemaskini ini, Microsoft dilihat telah mengemaskini kod sistem operasi mereka dimana ia kini memerlukan sesebuah CPU untuk menyokong set arahan POPCNT untuk membolehkan kemaskini tersebut dimuat-turun dan dipasang.

Set arahan POPCNT ini secara lazimnya digunakan untuk tujuan “boot” sistem operasi Windows, dan juga untuk perisian pemandu USB XHCI sesebuah komputer. Secara lazimnya, selepas kemaskni ini, jika CPU sesebuah komputer tidak menyokong set arahan ini, mereka tidak akan boleh menggunakan sistem operasi Windows 11 yang terbaru.

Ia juga mungkin kedengaran sebagai sesuatu masalah yang serius, tetapi set arahan POPCNT ini sudahpun disokong pada semua CPU-CPU moden. Malah, ia diperkenalkan sejak siri CPU Intel Core generasi pertama dan juga pada siri CPU AMD Phenom pada awal 2000.

Kemaskini terbaru ini bermakna bahawa CPU-CPU yang dilancarkan sebelum era tersebut tidak lagi akan disokong, khususnya CPU di era Intel Core 2 Duo, AMD Athlon, AMD Sempron dan sebagainya. Jika anda seorang yang suka menggunakan komponen-komponen retro untuk menggerakkan perisian-perisian dan sistem operasi baru, ini mungkin satu berita yang kurang menggembirakan untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd