Redmi A3 telah dilancarkan semalam dengan spesifikasi kelas asas. Tumpuan juga diberikan kepada beberapa eleman menarik yang termasuk rekabentuk berimej segar berlainan dengan model sebelum.

Berkongsi lanjut peranti telah ditemui melalui pensijilan SIRIM Malaysia menunjukkan pelancaran semakin hampir. Ia telah didaftarkan dengan kod nama 23129RNG1X (Redmi A3) sejak Disember lalu. Pun begitu butiran lanjut mengenai peranti masih belum jelas.
Seandainya sama ia boleh dilengkapi skrin LCD 90Hz HD+ berukuran 6.71-inci. Digabung juga dengan cip MediaTek Helio G36, kamera utama 8MP, swafoto 5MP dan bateri 5000mAh. Lebih menarik apabila port USB-C digunakan untuk kali ini menggantikan port mikroUSB pada generasi sebelum.

Untuk rekod Redmi A2+ sedia diumumkan di Malaysia sebelum ini dengan harga RM399. Ia menawarkan spesifikasi kelas asas melalui cip Helio G36, selain juga dilengkapi skrin LCD HD+, kamera utama 8MP, swafoto 5MP dan bateri 5000mAh dengan port mikroUSB.