Cari @ Amanz

Pada April depan, tragedi letupan stesen janakuasa nuklear Chernobyl akan menyambut ulang tahun ke 38. Selama hampir empat dekat, kawasan seluas 1000 batu persegi di persekitaran Cherbobyl diklasifikasikan tidak selamat didiami manusia disebabkan radiasi yang boleh menyebabkan kanser. Tetapi Cara N Love, seorang ahli biologi dari Princeton University mendapati populasi serigala kelabu di persekitaran Chernobyl mempunyai ketahanan terhadap kanser.

Gamabr oleh Michael LaRosa

Kajian telah dilakukan ke atas populasi haiwan di kawasan larangan penempatan manusia sejak 2014. Beliau menyedari populasi serigala kelabu di kawasan ini adalah lebih tinggi daripada dijangka. Apabila kolar GPS dan yang turut mampu mengesan radiasi diletakkan pada serigala, ia mengesahkan haiwan ini tinggal di kawasan radiasi enam kali ganda lebih berbahaya kepada untuk manusia. Tetapi serigala yang dikaji tidak mati disebabkan kanser seperti yang dijangkakan.

Sistem imun serigala kelabu di kawasan ini didapati telah berubah bagi memberikan ketahanan terhadap kanser. Dengan kata lain, pendedahan selama bergenerasi kepada radiasi menghasilkan serigala yang boleh melawan kanser secara semula jadi. Bahagian genom serigala yang boleh menentang kanser ini telah dikenal pasti tetapi masih belum dikaji sepenuhnya bagi memberikan harapan ia turut boleh diberikan kepada manusia untuk menentang penyakit yang menjadi penyumbang kematian keempat terbesar di Malaysia.

Disebabkan oleh konflik Rusia dan Ukraine yang sudah berlarutan lebih dua tahun, Love masih belum pulang ke Chernobyl untuk meneruskan kajian. Mencecah adalah lebih baik daripada merawat. Yang pasti kita di landasan yang betul untuk memenuhi ramalan vaksin kanser untuk manusia dicipta sebelum 2030.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd