Cari @ Amanz

Instagram kini menambah pilihan baharu ‘People You Follow’ melalui sokongan pemesejan peribadi (DM) di aplikasi. Ia dibangunkan khusus buat para pencipta kandungan dalam usaha mewujudkan pengalaman komunikasi lebih selamat dan memberikan impak yang positif pada mereka.

Dalam contoh yang ditunjukkan di atas pilihan baharu ini hanya mengutamakan mesej teks daripada akaun-akaun yang diikuti oleh pengguna. Ia dianggap penambahan yang menarik kerana mampu memberi impak besar terutama pada mereka yang sering dibanjiri banyak mesej daripada pihak tidak dikenali serta mencurigakan. Dalam masa sama turut memastikan mereka tidak terlepas pandang sebarang mesej penting yang patut diberi perhatian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd