Cari @ Amanz

Sebagai pengguna, pemilihan pelan data internet memainkan peranan yang penting kerana jika anda tersalah beli, pasti ia akan merugikan anda. Ini adalah kerana, kadang-kala kuota data yang ditawarkan tidak setimpal dengan harga yang dibayar, kuota sikit tetapi harga mahal.  Hal ini seterusnya akan membuatkan anda rasa geram dan ingin membeli pelan baru kerana data sedia ada tidak mencukupi.

Namun begitu, untuk memastikan anda dapat menikmati pengalaman yang seronok ketika menggunakan internet, anda harus membeli kuota internet yang besar. Jadi, ini bermakna ia bakal membuatkan poket anda rabak hanya semata-mata untuk sebuah pelan telekomunikasi. Oleh sebab itu, Tune Talk kini telah memperkenalkan tiga jenis pelan mereka untuk memenuhi pelbagai jenis gaya hidup berbeza kita semua. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kemahuan yang setiap individu cari dalam setiap pelan mudah alih. 

1. Pek Epik 35 – Pelan Data Untuk Si Peminat K-Drama & Pengguna Tegar Media Sosial

Jika anda peminat K-Drama dan pengguna tegar media sosial, pelan Epik 35 ini adalah pelan yang susuai untuk anda, bagaikan pinang dibelah dua. Dengan kuota internet pantas 30GB bersama rangkaian 4G, anda boleh menonton K-Drama di Viu, melayari video-video terbaru di Youtube, dan sentiasa berhubung di pelbagai platform media sosial dengan lancar tanpa sebarang gangguan lengah masa.

Harganya yang berpatutan juga membolehkan anda untuk menikmati penggunaan pelbagai media sosial dan hiburan tanpa had pada komitment bulanan yang berbaloi. Jadi pendek kata, pelan Epik 35 adalah pilihan yang tepat untuk melengkapkan gaya hidup anda yang suka menikmati kandungan hiburan sepanjang masa. 

2. Pek Epik5G 45 – Untuk Anda Pemain Permua Yang Tegar 

Jika rutin harian anda sentiasa dalam dunia permainan atas talian, contohnya seperti Mobile Legends, Pek Epik5G 45 ini adalah jawapan kepada keperluan anda. Pek ini membolehkan anda untuk menikmati tawaran internet sehingga 100GB pada kelajuan 100Mbps, dimana kuota utamanya adalah pada 30GB. Melalui kuota ini, anda boleh bermain permua tanpa sebarang kerisauan tentang kelajuan internet yang berpotensi menyebabkan kekalahan.

Ini kerana, kelajuan internet 5G mereka adalah baik dan tanpa had. Selain itu, anda juga boleh berkongsi hotspot dengan mudah melalui kuota data utamanya, dimana ia seterusnya membolehkan rakan-rakan anda untuk turut serta bermain permua bersama. Melalui pelan Epik5G 45 ia sedikit sebanyak pasti akan melengkapi keperluan pemain-pemain permua seperti anda yang mengutamakan kelajuan serta kestabilan rangkaian internet yang baik.

3. Pek Epik 50 – Sesuai Untuk Pempengaruh Yang Sentiasa Mencipta Kandungan 

Jika anda seorang pencipta kandungan digital atau mempunyai cita-cita untuk menjadi pempengaruh media sosial, tentunya rutin seharian anda akan dikelilingi dengan aktiviti menghasilkan dan mencari inspirasi untuk mencipta kandungan. Jika anda tergolong dalam kalangan ini, Pek Epik 50 ini adalah pilihan pelan yang sesuai untuk dilanggan. Dengan 350GB kuota internet pada kelajuan 6Mbps, anda boleh melayari pelbagai kandungan di media sosial seperti Instagram Reels untuk dapatkan inspirasi, lihat tutorial di TikTok dan strim Youtube pada resolusi HD sampai lebam.

Anda juga boleh memuat naik video-video yang anda hasilkan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pelan ini turut menyertakan kuota data hotspot yang membolehkan anda untuk sambungkan peranti anda kepada mana-mana peranti lain yang anda inginkan. Jika anda tergolong dalam kalangan pencipta kandungan, pelan ini sememangnya direka khas untuk menepati keperluan internet dan cita rasa anda.

Pelan Untuk Setiap Gaya Hidup

Secara keseluruhannya, Pek Epik Tune Talk ini memang sesuai untuk pelbagai jenis keperluan berbeza. Baik untuk peminat K-Drama, pemain permua tegar, ataupun pencipta kandungan, semuanya sesuai kerana pelan ini dilancarkan untuk anda dapatkan pilihan yang paling ideal dan sesuai dengan gaya hidup anda. Pendek kata, Tune Talk faham apa yang anda mahukan. 

Jadi, jika anda pengguna Tune Talk yang sedia ada, dan berminat untuk merasai pengalaman penggunaan internet tanpa perlu risaukan kuota yang diberikan, anda bolehlah melanggan pelan ini menerusi laman web rasmi atau aplikasi Tune Talk. Namun, sekiranya anda ingin menjadi pengguna Tune Talk untuk pertama kalinya, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu dengan membeli kad sim menerusi laman web atau pengedar yang sah berhampiran anda. Jadi, jangan tunggu lagi, ayuh sertai Tune Talk dan mulakan pengalaman epik anda sendiri mulai hari ini. 

Penafian : Advertorial daripada Tune Talk

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd