Carian
Anda Kini Boleh Menambah Klip Video YouTube Ke Shorts
February 16, 2024 Amy Maizuraa

YouTube kini membenarkan pengguna menambah kandungan daripada klip video asal ke dalam Shorts masing-masing. Dalam erti kata lain pengguna boleh mencipta kandungan baharu bersama klip video sedia ada daripada artis popular untuk dijadikan satu video pendek di Shorts. Sekaligus menjadi salah satu cara menarik untuk menghasilkan video dengan idea dan perspektif baru

Dalam contoh yang ditunjukkan pilihan baharu ini menyediakan sehingga empat kaedah gabungan yang boleh digunakan.

Pertama ialah Sound, yang mana hanya audio sahaja digunakan untuk video pendek. Diikuti dengan Cut yang membolehkan pengguna memotong bahagian tertentu selama lima saat, dan menambah ke dalam video masing-masing.

Green Screen pula membolehkan klip video digunakan sebagai latar belakang. Selain juga pengguna boleh menggabungkan video secara bersebelahan menggunakan kaedah Collab, yang juga dilihat sama seperti ciri Remix di Instagram dan Duet di TikTok.

Cara penggunaan juga mudah dengan hanya klik butang ‘Remix’ yang disediakan pada mana-mana klip video. Kemudian pilih satu daripada kaedah yang disebutkan tadi untuk tujuan seterusnya.

Dalam sesetengah kes mungkin terdapatnya klip video yang tidak boleh digunakan apabila pencipta karya memilih untuk tidak membenarkan bagi tujuan ini.

Komen