Garmin dilihat agak ‘senyap’ namun bukan bermakna mereka tiada perancangan untuk pengenalan produk baharu. Malahan terdapat desas-desus mengatakan mereka dalam persediaan hadir dengan generasi baharu untuk jam tangan di bawah siri Forerunner.

Ia boleh dipasarkan dengan nama Garmin Forerunner 165 yang mengkhususkan pada pelari pemula, selain dikhabarkan boleh menjadi penggan buat Forerunner 55 sebelum ini. Ia dijangka boleh disediakan dalam beberapa pilihan warna seperti Black, White dan Turquoise. Diikuti pula saiz tubuh lebih kecil bersama paparan sejenis AMOLED dan bezel yang nipis.

Lima butang fizikal turut boleh dilihat pada sisi jam tangan dan dikhabarkan lebih mudah diakses melalui rekaan yang diubah. Kemudian turut boleh dilengkapi sensor PPG serba baharu untuk pemantauan kesihatan lebih tepat. Ketahanan bateri pula dijangka lebih pendek mencapai 11 hari, di samping versi muzik turut boleh ditawarkan dengan storan 4GB.