Fashion Valet merupakan salah satu jenama fesyen terkemuka di Malaysia, dimana dibawah mereka mempunyai beberapa jenama lain seperti Duck dan juga Lilit. Ia pada mulanya memfokuskan sebagai laman edagang sehenti untuk pelbagai jenama pakaian, tetapi ia kini berubah dengan lebih memfokuskan dua jenama dibawah mereka buat masa ini.
Terbaru, ia dilihat NXBT Partners telah pun mengambil pegangan majoriti pada Fashion Valet, iaitu sebanyak 51%. NXBT dilihat telah mendapatkan saham yang dipegang oleh Permodalan Nasional Berhad, Transasia, dan beberapa lain, membentuk kepada pegangan majoriti pada Fashion Valet. NXBT Partners adalah dimiliki oleh Afzal Abdul Rahim (yang menerajui TIME).
Sementara pengasasnya Fadzarudin dan Vivy masih mengekalkan jumlah unit saham yang sama, membentuk masing-masing kepada sekitar 17.6% dan 16.8%.
Dengan pengambilan pegangan majoriti ini, ia tidak diketahui sama ada akan berlaku sebarang perubahan pada syarikat berkenaan atau sebaliknya. Mengikut semakan kasar pada SSM, Fashion Valet telah menjana pendapatan sebanyak RM112 juta pada tahun berakhir 2022 yang lepas.