Carian
Google Memperkenalkan Versi Pembangunan Awal Untuk Android 15
February 17, 2024 Aman

Google hari ini membuat kejutan, dan telah pun mula menawarkan Android 15 Developer Preview untuk para pembangun, sekaligus membolehkan para pembangun untuk mencuba terlebih dahulu sistem operasi Android akan datang berkenaan.

Melalui Android 15, Google akan memfokuskan kepada tiga perkara utama. Yang pertama adalah privasi dan juga sekuriti sistem operasi yang terus ditambah-baik. Yang kedua adalah memudahkan lagi penghasilan kandungan terus pada telefon pintar, dan akhir sekali penambah-baikkan prestasi dan kualiti sistem operasi berkenaan.

Untuk tujuan ini, sejumlah perkara dan fungsi baharu akan turut hadir pada sistem operasi berkenaan – termasuk dari segi pengoptimasian dan sebagainya. Kita dijangka akan mengetahui pelbagai ciri-ciri baharu pada Android 15 secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Untuk menggunakan versi pembangunan Android 15 ini, ia boleh digunakan pada peranti Pixel 6 dan terbaru. Google dijangka akan memperkenalkan versi akhir Android 15 sekitar Ogos kelak.

Komen