Carian
OpenAI Kini Dinilaikan Sekitar $80 Bilion
February 17, 2024 Aman

OpenAI kini dilaporkan menjual beberapa saham sedia ada, sekaligus menilaikan syarikat yang memfokuskan kecerdasan buatan berkenaan pada nilai mencapai $80 bilion. Ini sekaligus menjadikan OpenAI antara syarikat startup bernilai tinggi di dunia, dibelakang SpaceX dan juga ByteDance.

OpenAI sedia menerima perhatian ramai melalui pengenalan ChatGPT – sekaligus membuatkan ramai pihak memfokuskan kepada kecerdasan buatan sejak tahun 2023. Untuk OpenAI sendiri, pada tahun lepas mereka telah memperkenalkan ChatGPT 4, selain Dall-E 3 untuk penjanaan imej.

Pada masa yang sama, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Sona yang membolehkan penjanaan video dengan mudah berasaskan input teks sahaja. Kualiti video yang dihasilkan juga agak tinggi dan berkualiti berbanding dengan penjana video lain di pasaran.

Selain OpenAI, terdapat beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan, termasuk antaranya adalah Anthropic dan juga Cohere.

Komen