Carian
Tecno Spark 20Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM699
February 17, 2024 Amy Maizuraa

Tecno Spark 20Pro ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga bermula RM 699 (8/256GB) dan RM 799 (12/256GB) sebuah. Ketersediaan pula menerusi pengedar sah Tecno di seluruh Malaysia.

Tecno Spark 20 Pro merupakan peranti LTE dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Digabung juga dengan skrin IPS LCD FHD+ sebesar 6.78-inci, kamera utama 108MP dan swafoto sebesar 32MP. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 33W.

Selain itu terdapat juga ciri Dynamic Port yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata seperti status bateri dan tempoh panggilan. Kemudian peranti juga mempunyai NFC, pembesar suara stereo dan penarafan kalis air IP53 sebagai pelengkap.

Komen