Carian
Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Akan Dijenama Semula Menjelang Suku Kedua 2024
February 18, 2024 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan yang mana Pusat Ekonomi Digital (PEDI) akan dijenamakan semula pada suku kedua tahun ini. Penjenamaan semula ini juga turut dijangka melibatkan kepada fungsinya selain daripada nama semata.

Penjenamaan ini dikatakan akan dilakukan berdasarkan kepada pengamatan di lapangan ketika orang ramai menggunakan PEDI. Ia didapati aktiviti yang dilakukan di PEDI tidak terhad kepada ekonomi digital semata.

Orang ramai juga menggunakan PEDI dalam mendapatkan maklumat semasa, termasuk berkenaan bantuan dan geran kerajaan.

Berkongsi lanjut juga, 80% PEDI kini dikatakan mempunyai kadar sambungan internet 100Mbps dan ke atas, selain ada enam PEDI yang menggunakan khidmat Starlink dengan kelajuan mencapai 300Mbps.

Komen