Carian
Ukraine Akan Menerima Dron AI Bagi Kegunaan Di Medan Perang
February 19, 2024 Effi Saharudin

Penggunaan dron komersial di medan perang mula dilihat ketika konflik di Syria. Kemudian di konflik Nagorno-Karabakh, dron tentera yang dihasilkan Turki memusnahkan ratusan kereta kebal, kereta perisai dan pelancar roket tanpa sebarang tentangan. Konflik Ukraine pula membuktikan dron cetakan 3D cukup efektif di medan perang moden berbanding sistem senjata yang lebih mahal.

Dron Kargu-2

Menurut Bloomberg, UK dan Amerika akan menawarkan dron dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) yang boleh melakukan serangan secara berkumpulan kepada Ukraine. Serangan secara berkumpulan lebih sukar ditangkis membolehkan musuh ditewaskan. Dron jenis bot Ukraine telah berjaya memusnahkan dua kapal perang Armada Laut Hitam Rusia.

UK dan Amerika besar kemungkinan menggunakan konflik Ukraine untuk menguji sistem dron yang sedang dibangunkan oleh mereka. Data dunia sebenar akan digunakan untuk menambah baik sistem yang selama ini hanya sekadar ujian di lapangan sasar. Turki sudahpun membangunkan dron Kargu-2 yang direka untuk melakukan serangan kamikaze berkumpulan setiap satunya dilengkapi senjata seakan claymore.

Lenonidas

Pada waktu yang sama Amerika mempunyai beberapa sistem penangkis dron seperti Leonidas dan THOR yang boleh mengganggu operasi ratusan dron yang cuba melalukan serangan secara serentak.

Komen