Barisan peranti Vivo Y di Malaysia akan dikemaskini dengan peranti baharu tidak lama lagi. Ia menjadi pengenalan untuk Vivo Y100 5G dan sedia diacah secara rasmi melalui imej promosi rasmi di media sosial. Sementara itu spesifikasi penuh turut telah ditemui tersenarai melalui laman web rasmi.

Peranti ditawarkan dalam dua pilihan warna yang termasuk kemasan serba ungu dengan panel belakang seakan kulit. Diikuti juga modul kamera empat segi yang memuatkan tiga sensor dan sebuah LED Flah di dalamnya. Tubuh sepenuhnya rata bersama panel hadapan berlubang kecil di tengah.

Untuk spesifikasi skrin sejenis AMOLED 120Hz FHD+ berukuran 6.67-inci digunakan. Digabung pula cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 80W. Selain itu kamera utama 50 MP + 8 MP (+Flicker) dan swafoto sebesar 8MP juga diberikan sebagai pelengkap.