Carian
Android 15 Boleh Mengurangkan Gangguan Apabila Notifikasi Datang Bertali Arus
February 19, 2024 Fahim Zahar

Google telah pun memulakan ujian Android 15 minggu lalu. Kebanyakan ciri dan fungsi di dalam versi ujian ini biasanya tidak akan menjadi kenyataan. Tetapi terdapat satu ciri notifikasi pada Android 15 Developer Preview membuatkan saya sangat berharap ia akan diberikan pada versi stabil kelak.

Android 15 Developer Preview boleh mengurangkan gangguan apabila notifikasi diterima secara bertali arus menerusi Notification Cooldown. Pengguna diberikan tiga pilihan iaitu (a) Apply cooldown to all notifications (b) Apply cooldown to conversations atau (c) Don’t use notification cooldown.

Menerusi cir ini ini, nada dering atau bunyi notifikasi bagi setiap aplikasi akan dikurangkan kekuatannya. Dengan kata lain, apabila mesej masuk bertalu-talu dari dalam WhatsApp group ia tidak lagi akan berdering kuat untuk tempoh yang lama. Sistem operasi menyedari apa yang berlaku dan secara proaktif mengurangkan bunyi notifikasi sebelum ia menimbulkan kemarahan.

Sekarang apa yang saya mahukan adalah sistem rumusan notifikasi seakan iOS. Ciri baharu ini pasti akan melegakan saya daripada lambakan mesej yang diterima setiap hari. Harap, ia akan menjadi ciri wajib disertakan dalam Android 15 oleh semua pengeluar peranti.

Komen