Carian
Infinix HOT 40 Pro Dan HOT 40i Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM549
February 19, 2024 Amy Maizuraa

Infinix HOT 40 Pro dan HOT 40i ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Kedua-dua peranti dilengkapi penawaran berbeza bagi menjadikan masing-masing mempunyai nilai yang tersendiri. Harga jualan pula bermula RM549 untuk HOT 40i dan RM699 untuk HOT 40 Pro. Ketersediaan bermula sekarang melalui pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia

Infinix HOT 40 Pro dilengkapi skrin LCD 120Hz FHD+ berukuran 6.78-inci. Digabung pula cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri Bateri pula sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 33W, selain memuatkan kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto sebesar 32MP.

Sementara itu Infinix HOT 40i dilengkapi cip kelas asas Unisoc T606 bersama memori 8GB RAM dan storan 256GB. Skrin pula sejenis IPS LCD 90Hz HD+ berukuran 6.56-inci, diikuti juga bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W, kamera utama 50MP dan swafoto 32MP sebagai pelengkap.

Komen